HJae : What if i come to Malaysia? Would u like
to see me?
Iman_Kawai : For what? Do u have an intention to
come here?
HJae : Yes. I want to meet u.
Iman_Kawai : GTG. My Boss call me.
“Ida, lunch jom.”
Ajakku.
“Pergilah kau sorang.”
Khalidah menolak.
“Jom la...” rayuku.
“Eh, Mak Cik Gaga! Kau
ni dah tak betul ke? Pukul 1 pun belum dah ajak lunch.” Beritahu Khalidah.
“Ha? Yeke?” aku mengeluh
dan tunduk.
“Man, kau ni kenapa? Jam
punyalah BESAU kat dinding tu kau tak nampak ke?”
“Tak ada apalah. Cuma
member YM aku ni. Nak turun sini, jumpa aku. Tu yang aku mengelak. Tak naklah
jumpa.” Ceritaku.
“Turun sini? Orang mana?
Luar Malaysia ke?”
“Ha ah. Orang Korea.”
“Tak tahu menahu pun
aku? Cerita pun tak nak ya.”
“Nantilah aku cerita kat
rumah.”
“Kat rumah buat apa.
Cerita jelah kat sini.”
“Ala kat rumah senang
sikit aku nak cerita panjang. Okeylah. Dah pukul 10. Bos besar nak jumpa.”
“Bos besar- bos besar.
Tan Sri la.”
“Okey got to go.”
Aku mengetuk pintu bilik
pengarah dan dia menyuruhku masuk.
“Assalamualaikum, Tan
Sri.” Salamku.
“Waalaikumsalam, Iman.
Duduklah. Ada apa nak jumpa saya?” tanya Tan Sri.
“Bukan Tan Sri kata
semalam nak jumpa saya ke?” ku balas dengan pertanyaan juga.
“Oh. Saya lupa. Dah
tuakan. Banyak yang lupa.” Beritahunya sambil tersenyum. Senyumannya aku balas.
“Tentang kamu minta
cutilah. Kan kamu nak minta cuti 3 hari.” Sambungnnya lagi.
“Oh. Jadi bolehlah saya
cuti?”
“Boleh.” Katanya sambil
mengangguk.
“Terima kasih Tan Sri.
Kalau macam tu saya keluar dululah.”
“Nak keluar tolong bagi
memo ni pada Kak Tasya ya.” Sempat Tan Sri berpesan.
“Baik, Tan Sri.” Kataku
sambil menyambut kertas memo ditangan Tan Sri dan berlalu. Kertas memo di
tanganku sempat ku baca.
HJDesign MEMO 21 JANUARI
2009
Diminta semua staff
berkumpul di bilik Mutiara untuk mesyuarat tergempar kali ke-57 pada 21 JANUARI
2009 selepas lunch time iaitu pada
2:00 ptg.
Kerjasama anda amat
diperlukan.
Hafiz
------------------ ---------------------
Natasya
Hariz
Tan Sri Hafizzudin
“Kak Tasya. Nah, hadiah dari Tan Sri.” Beriku
pada Kak Tasya.
“Ha? Oh, terima kasih
Iman. Mesyuarat lagi.” Katanya sambil tersenyum kemudian mengeluh sambil
mengusap perutnya yang besar menunggu masa untuk bersalin.
“Oklah Kak. Iman duduk
dulu ye.” Kataku sambil berlalu. Sempat aku dengar Kak Tasya mengeluh tentang
due datenya. Aku tersenyum.
“Kau ni buang tebiat ke?
Senyum tak tentu pasal?” tiba-tiba Salamah, juru audit syarikat menegurku.
“Entah. Dia ni dah
mereng tahu tak Sal. Tadi aku dengar dia ajak Ida lunch. Pukul 1 pun belum.”
Sampuk pula sahabat ku yang lagi satu, Waznah, akauntan syarikat. Kami berempat
kerja sebumbung dan tinggal juga sebumbung. Aku, Ida, Sal, dan Waz.
“Entahlah Waz. Aku pun
tak tahulah apa yang tercabut kat otak dia ni.?” Balas Khalidah. Dia berposisi
sebagai webmaster untuk laman web syarikat kami selain menjadi pereka dalaman
under renovation course tapi aku pereka dalaman untuk rumah yang baru dibuat
“Ehem! Udah-udahlah tu.
Kesian kat aku. Nanti kat rumah aku cerita kat korang.”
“Cerita?” serentak
Salamah dan Waznah bersuara. Sah diorang ni suka bergosip. Hehe.
“Oklah aku ada kerja nak
buat. Esok aku dah mula cuti. Nanti masuk minggu depan tak adalah terasa banyak
sangat kerja walaupun kerja aku tak pernah sikit.” Terangku dengan wajah sedih.
“Cuti? Pandai ya kau.
Pilih cuti hari Rabu. 5 hari la kau sakan kat kampung.” Kata Waznah sambil
bercekak pinggang cuba meniru gaya Izzah, penyambut tetamu yang suka
tergedik-gedik.
“It’s me you know. Iman!
Who cares?” kataku dengan gaya sombong sambil tersengih. Salamah, Khalidah dan
Waznah berpandangan. Kemudian mereka merenungku.
“POYOZ!!!” kata kami
dengan serentak dan tergelak lalu pulang ketempat masing-masing.
“Erm... tergemparlah
sangat. Ingatkan apalah. Pihak atasan nak ambil alih syarikat semula.” Kata Ida
sambil berjalan keluar dari bilik Mutiara.
“Habis tu, Tan Sri
macamana?” tanyaku.
“Kau ni tak dengar ke
tadi dia cakap apa?” tegur Salamah.
“Sal, jangan marah dia.
Kau tak tahu ke? Otak diakan ada wayar putus.” Balas Waznah.
“Kan dia cakap, dia cuma
pegang sementara waktu je.” Beritahu Khalidah.
“Sementara apa sampai 5
tahun dia jadi Pengarah? Tup-tup pihak atasan nak ambil alih. Macam tak
berbaloi langsung.” Kataku lagi.
“Ha, yang tu kau tanya
sendiri pada Tan Sri.” Balas Salamah.
“Ok. Nanti aku tanya.”
“Dia ni! Patut pun!”
Sindir Salamah.
“Patut pun?” tanyaku.
Salamah, Khalidah, dan
Waznah berhenti berjalan dan memandang ku.
“MENDOR!!!” serentak,
Salamah, Khalidah dan Waznah.
“POYOZ!!!” serentak juga
aku menyebut, tapi perkataan yang lain.
“Eh bukan POYOZ?” kataku
sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“Man, nak balik tak?”
tanya Waznah apabila jam hampir pukul 5 petang.
“Korang balik dululah.
Aku nak ke airport kejap, jemput Archer.” Jawabku.
“Naik apa? Kan ko tak
bawak kereta hari ni.” tanya pula Salamah.
“Aku pinjam kereta Ida.
Ida suruh korang tunggu dia sekejap. Dia pergi melabur.” Beritahuku. Nasib baik
Waznah pinjam kereta makcik dia. Kalau jalan kakilah jawabnya dia orang tu. He
he.
“kitorang pergi dululah.
Hati-hati bawak kereta tu.” Pesan Waznah.
“OK.” Kemudian telefon
bimbitku berdering. Archer.
“Waalaikumsalam.”
Diam.
“Dah sampai?”
Diam.
“Sekejap lagi akak
sampai. Akak tengah start enjin ni.”
Diam.
“Kereta Kak Ida.”
Diam.
“Sibuklah kau. Untunglah
tu aku tolong ambil kau kat airport. Banyak bunyi pulak.”
Diam.
“Kat airportkan ada.”
Diam.
“Nak jugak? Hah
tunggulah. Aku bawak pelempang special McD untuk kau.”
Diam.
“Yelah tu! Dahlah Cher,
akak nak drive ni. Assalamualaikum.”
Aku matikan telefon dan
terus memandu. Tiba saja di sana. Asyraf tak ada di tempat yang sudah di
janjikan. Pergi McDlah tu. Aku duduk menunggu dia. Namun kelama-lamaan, hatiku
panas dengan perangainya. Aku bangun menuju ke kaunter pertanyaan.
“Pen and paper kak.”
Minta ku.
“Thanks” kataku sambil
menyambut pen dan kertas. Aku mula menulis.
“Tolong announce kan.
Baca je apa yang saya tulis tu.”
“Ok.” Kata akak
receptionist teragak-agak.
“Good Night and Salam
Sejahtera. The person with named Iman Asyraf Hamdi have to come to the
reception right now, because your big sister was waited for you for 2 hours. I
repeat the.......”
Kakak tu senyum je kat
aku walaupun dia dah habis buat announcement tadi. Dari jauh aku tengok akak tu
tersenyum kat aku. Kaunter tu pun aku asyik pandang kalau-kalau adik aku ada
datang ke situ. Tapi tak nampak-nampak pun dari tadi.
Tiba-tiba ada seorang
pemuda china datang ke kaunter tu. Ingatkan adik aku. Kakak tu menuding jari ke
arahku. Tapi aku pandang belakang, mana tahu ada orang kat belakang aku. Tapi
tak ada orang pun. Sah, akulah orang yang ditudingnya. Pemuda china itu
bergerak ke arahku. Aku mula cemas. Aku bangun, berkira-kira nak beredar tetapi
tak sempat sebab pemuda china tu sempat sambar lengan aku. Aku sentap tanganku.
Tindakan refleks. Dahi pemuda china tu berkerut. Mungkin terkejut dengan
tindakanku.
Budak kecik, sorry deh. Ak x tau pun member ak dtg nak ambik. Esk kat kg jmpe eh, pas2 akak na piat Acher pun tak pe. org saja matikan tepon bab tau mesti akak marah2 t. Jgn mara hehe...... |
“Here, he give you some
notes. For you.” Pemuda itu menyuakan kertas kecil padaku. Geram saja hatiku
bila baca nota dia ni. Memang sahlah dia ni nak pelempang special McD.
“Bingai punya budak!”
kataku sambil merenyukkan nota itu tanpa mempedulikan pemuda depanku ini.
“Yes?” tanya pemuda itu.
“Oh sorry. Its nothing.”
Balasku.
“But, there is something
your brother write at the back too.” Beritahu pemuda itu. Pantas aku buka
renyukkan kertas itu dan membaca belakang kertas.
kak mamat ni kawan baru Archer. Hensem x? Hensemkan. Nama die..ala tak boleh tulis. T dia nmpk nme dye. Dye 1st time dtg cni.make a friend ok? Dye org Korea. Dada...slmt maju jye... |
Apasal perkataan make a
friend tu aku rasa macam make a love? Selamat maju jaya kentut kau! Eee bengong
punya adik. Wajah pemuda didepanku ini ku pandang. Kertas ditanganku aku renyuk
sampai menjadi sebentuk bola kecil. Dia senyum padaku. Dan aku terpinga
sekejap. Pantas aku larikan pandangan.
“Thanks for the notes.”
Kataku sambil membetulkan beg tangan, cuba menghantar isyarat bahawa aku hendak
beredar.
“Oh, welcome.” Balasnya
dengan senyuman. Kali ini lebih dalam.
“Ok its 7:30 pm now. I
have to go.” Akhirnya aku beritahu yang aku nak beredar bila nampak pemuda itu
macam buat-buat tak faham dengan isyarat yang aku hantar.
“Alright. I have to go
too. See you next time.” Masih senyum.
“See....again too.”
Kataku teragak-agak dengan sengihan. Apa aku cakap ni? Sengal punya mulut. Aku
terus beredar pergi ke surau untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang wanita
Islam. Sempat aku toleh ke belakang, melihat pemuda itu berjalan bertentangan
denganku.