Welcome To My Blog

Wednesday, May 11, 2016

BAB 2

Mak, nak tanya boleh tak?” aku tanya emak setelah lama aku perhatikan emak membuat batas ubi. Nak tolong tapi emak tak bagi. Katanya tangan aku hanya untuk buat kerja melukis. Kalau ada yang cacat, susah nanti.
Sejak bila kamu nak tanya ni pakai mintak izin? Selalu main terjah je.” Izin emakku dengan sindiran.
Tak adalah mak. Orang nak tanya je.” Balasku dengan gaya merajuk.
Tanyalah.”
Mak, kalau nanti bakal menantu mak bukan orang melayu, mak tak kisahkan?”tanyaku dalam takut-takut.
Hai, kenapa tiba-tiba tanya pasal menantu ni? Dah ada calon ke? Kalau bukan melayu, orang apa?” banyak yang emak tanya.
Ala, tanya jelah mak. Mana ada calon. Kalau orang tu bukan orang melayu, bukan orang china, dan bukan orang india boleh ke?” tanyaku lagi.
Mak tak kisah pun. Asalkan dia Islam dan pandai jaga solatnya. Lagi satu, dia mesti hormat orang tua. Habis tu semua bukan, orang apa? Orang asli ke?” gurau emak.
Mak, ada ke ke situ. Maksudnya bukan orang Malaysialah.” Balasku dengan kerutan didahi.
La... Negrolah tu.” Tiba-tiba adikku, Asyraf menyampuk. Dia menjeling padaku. Faham dengan pertanyaan ku pada emak. Siaplah Cher, lepas ni habislah aku kerjakan! Make a friend yea?
Hah Negro?”terkejut emak.
Taklah. Ish menyeboklah kau Cher. Pergilah siapkan asignment kau tu. Elok-elok dah merempat kat India tu. Nak balik pulak.” Nilah perangai adik aku. Asal time cuti semester je, dia balik. Apa ingat India dengan Malaysia tu macam Melaka dengan Negeri Sembilan ke? Nasib baik dia guna duit sendiri.
Eleh, poyo pulak. Kalau emak nak tahu dia ni dah ada pakwe. Orang korea. Hensem mak.” Balas adikku.
Archer! Siap kau. Kau ada hutang dengan aku kelmarin ya. Jangan nak buat-buat lupa. Kau yang minta ya.”
Orang minta apa? Merepek je akak. Dia yang nak mengelak, marahkan orang pulak.”
Geram aku dengar bila dia cakap macam tu. Aku bangun nak kejar dia tapi tangan kotor mak dah sampai dulu ke telinga aku dah adikku.
Kamu berdua dah besar, nak bergaduh lagi ke macam kecik-kecik dulu?” marah emak. Tapi aku tahu semarah-marah emak, dia tetap sayangkan kami.
Sakit...sakit.” aku mengaduh.
Aaaa...sakit mak.” Adikku juga mengaduh. Lepas dengar kami mengaduh, emak lepaskan tangannya. Kan dah kena piat.
Yang sorang dah nak jadi doktor, yang sorang dah jadi pelukis. Tak malu ke gaduh-gaduh ni?”
Ala, mak. Bukan selalu pun kitorang gaduh. Nak jumpa pun bila dia cuti je. Tak gaduh memang tak seronoklah. Betul tak Cher?” balasku sambil memandang Asyraf.
Betul tu.” Jawab Asyraf.
Ada saja yang nak dijawabnya.”
Erm, mak malam nanti urutkan bahu Iman. Sakitlah.” Rayuku minta diurut.
Akak, patutnya akak yang urut mak. Mak dah penat-penat buat batas tu. Ada ke dia yang mintak urut. Tak malu.” Pantas saja adikku menjawab bagi pihak emak.
Biarlah, orang kerja asyik menunduk je. Tangan asyik melukis. Penatlah. Sampai lenguh bahu. Eleh, kalau jeles cakap jelah.” Balasku dengan kata-kata adikku.
Tak ada masa lah nak jeles ni. Emak dah sayang, nak jeles apa.” Cebiknya.
Sudah. Nak kena piat lagi ke?” tiba-tiba emak menyampuk.
Tak nak.” Serentak aku dengan Asyraf.

*****
Petang Sabtu tu aku pergi ke pantai. Ingat nak tenangkan fikiran sekejap. Tapi malangnya. Aku terserempak dengan Adib. Anak ketua mukim yang menganggur makan harta bapanya.
Kau nak apa lagi Adib? Kan aku kata tak nak. Yang kau paksa-paksa aku apasal?” marahku.
Alah, kita kenal-kenallah dulu. Lepas tu mesti kau jatuh cinta dengan aku.” Balasnya dengan ketawa yang kuat.
Tak nak aku dengan kau. Dahlah menganggur. Makan duit bapak. Ada hati nak ambik aku jadi isteri. Makan pakai pun duit bapak.” Tengkingku. Aku mula bergerak hendak pergi dari situ. Basikal yang aku guna untuk ke sini ku naik. Entah dimana silapnya. Aku terjatuh sebelum sempat aku mengayuh. Aku terperosok kedalam paya berlumpur di tepi jalan. Sudahlah penuh ceracak. Sempat aku dengar teman Adib memarahinya kerana menolak aku ke tepi. Dan bunyi bisiing enjin motosikal.
Aku cuba bangun dan berjalan perlahan supaya tak terpijak ceracak. Basikal yang jatuh aku angkat dan mula menunggang. Dengan penuh lumpur satu tubuh aku mengayuh pulang. Sampai di rumah baru aku terasa lengan dan betisku perit dan basah. Baru aku perasan tangan dan kakiku luka besar dan banyak darah yang keluar. Aku mula berpinar. Dan pandanganku mula kelam, dari jauh aku nampak 2 orang menuju kearahku dan menjerit memanggil namaku. Kemudian pandanganku terus gelap.
*****

Aku membuka mata, terasa kepala ku berat yang amat. Pandanganku masih kabur walaupun sudah 100% mataku terbuka. Aku pandang syiling. Kat mana ni? Bau keliling pun semacam saja. Macam bau ubat. Hospital? Hah!? Terus aku bangun secara mengejut membuatkan kepalaku sakit dan mataku berpinar. Aku perasan ada seseorang menundukkan kepala di atas tilam yang aku baring. Acher. Dia tersedar.
Eh? Akak dah bangun?” Acher tersengih.
Kenapa akak ada kat hospital? Akak cuma pengsan je, kan?” tanyaku.
Akak tak tahu ke? Tiga hari lepas akak balik dari pantai terus pengsan, sekarang baru sedar.” Beritahu Acher.
3 hari? Tipu!” marahku kerana menyangka dia menipu.
La betullah kak Iman. Takkanlah Acher nak tipu pulak.”
Habis tu? Macamana ni? Jadi hari ini hari Selasa?”
Angguk.
La... kenapa tak bangunkan akak? Akak kerjalah.”
Bangunkan? Gila apa? Akak pengsan macam dah tak sedar langsung. Tulah, lain kali makan banyak, biar tinggi. Lepas tu makan hati ayam tu banyak-banyak, biar dapat banyak darah. Ni tak, darah kurang je pengsan.” Bebel adikku, Acher. Aku hanya pandang wajahnya dengan raut yang sedih.
Orang dah beritahulah dekat tempat akak kerja. Bos akak pun dah tahu.” Jawapan yang adikku beri melegakan aku.
Bila akak boleh discharge?” tanyaku.
Doktor kata kalau akak dah stabil dan dah sedar, boleh balik. Ni tengok gayanya macam dah terlebih stabil je. Dah boleh baliklah tu.” Jawabnya lagi sambil tersengih, begitu juga aku.

*****
Ni kenapa masam je muka kau ni? Dah keluar hospital pun masih masam lagi?” tanya Waznah yang baru keluar dari dapur. Tangannya memegang mug. Naik aroma milo.
Kau ni... buat milo tak nak buatkan untuk aku sekali.” Kataku selepas terpandang mug ditangan Waznah yang sudah pun duduk disebelahku.
Yang kau ni lagi lah. Orang tengok cerita Mr.Bean patutnya kenalah gelak. Ini tak, masam je. Betul ke tak tu?” Sampuk pula Khalidah yang sedang membuat kerja projek iklan renovation diatas meja depanku.
Ala bukan apa. Doktor tu, hampeh betul. Katanya kalau dah sedar bolehlah discharge. Ini tak, lagi dia bagi MC 2 hari adalah. Makin banyaklah kerja aku kat pejabat tu.” Keluhku.
Ala kau ni, macam tak pernah terjadi. Dulu masa kau dapat 4 projek sekali gus tu boleh pulak kau siapkan 2 minggu. Padahal Tan Sri nak hujung bulan. Kau tu je yang poyoz lebih. Kata boleh siapkan awal.” Kata Khalidah sambil menyelitkan pensil diatas telinganya. Dia mencebikkan mulutnya.
Iya ke? Tu mesti aku tengah terlebih hormon kot. Yelah berkobar-kobar nak siapkan jugak.” Kataku sambil tersenyum sumbing.
Nasiblah kau naik pejabat hari Jumaat ni. Katanya bos besar baru garang. Garang nak mati!” kata Salamah selamba. Cuba takutkan aku.
Garang? Heh! Ok kita tengok garang ke tak bos besar tu. Jangan sampai dia ambik aku jadi ikan emas dia sudah. Yelah macam Tan Sri dulu.” Kataku dengan megah.
Heh, mulalah tu. Ok kita tengok jadi ikan emas atau ikan kaloi yang hangus digoreng. Beb! Kau orang dengar kan, apa yang budak kecik ni cakap. So, kita tengok Jumaat ni ya.” Balas Khalidah.
Cantik!” serentak Salamah dan Waznah bersuara.
Heh!” kataku dengan sombong.
*****
Hoi! Mak cik! Nak ikut tak? Semalam beria nak ikut.” Laungku pada Waznah
Ala! Aku tak jadi ikutlah. Perut aku buat hal. Cirit-birit ni! Kau ajaklah minah 2 orang tu.” Laung pula Waznah.
Hah, tu la kau. Cirit-birit je kerjannya. Lain kali makan tu jaga sikit.”
Yela mak cik. Pergilah dulu.”
Aku bergerak keluar mencari Khalidah dan Salamah pula. Namun belum sempat aku jumpa mereka, mereka sudah jumpa aku dulu.
Man, kau lambat bookinglah.” Beritahu Salamah. Kemudian Khalidah mengangguk.
Lambat booking? Booking apa?” aku keliru.
Kitorang.” Serentak.
Korang?”
Ha ah. Lain kali nak ajak beli barang buat appointment dengan kitorang dulu. Pasal Mata Air kitorang dah booking dulu, nak ajak dating.” Kata Khalidah.
Ala... tak apalah. Aku pergi sorang je. Nak apa-apa mesej aku tau.” Kataku selepas mempicingkan mata kananku.
OK!” Serentak.

Apa aku nak beli ya? Barang dapur dah habis beli. Semuanya dah complete. Nak balik pun awal lagi ni. Ah ha! Tetiba je idea ni masuk. Kau memang otak yang bergeligalah! Kakiku terus bergerak laju menuju ke arah sebuah butik yang selalu aku pergi.
Iman-ah. Sudah lama tak nampak kamu? Pergi mana?” Tegur Ahn Yoo Jin, pemilik butik yang berasal dari Korea Selatan. 7 tahun tua dariku. Dia menjalankan perusahaan ini hampir 9 tahun di Malaysia. Kini dia sudah pun menjadi rakyat Malaysia. Malah dia tidak ada saudara di Korea.
Kak Yoo Jin, Iman! I-M-A-N! Bukan Imanah.” Selalu begini. Sudah banyak kali aku perbetulkan sebutannya. Masih juga menyebut ‘ah’ dibelakang namaku.
Ah... araseo.” Jawabnya. Dia ni selamba saja. Bukannya aku faham pun.
Nak beli apa pula?” tanya Kak Yoo Jin. Tangannya sibuk menyusun baju-baju yang bersangkut.
Jet pejuang.” Selamba aku jawab sambil matanya melilau-lilau merata.
Ha?” tercengang. Terberhenti tangannya daripada menyusun baju-baju. Dia menoleh ke arahku.
Yah, neo michyeoss-eo?![Hei! Kau dah gila ke?!]” tiba-tiba satu suara lantang keluar. Agak garau. Spontan mata kami berdua memandang seseorang lelaki berpakaian kasual yang sedang bercakap dengan telefon bimbit.
An dwae! An dwae![Tak boleh! Tak boleh!]” sambungnya lagi. Entah apa yang dia cakap pun aku tak faham. Yang ku tahu itu Bahasa Korea.
Jeoldaereo an dwae![Betul-betul tak boleh!]” Sambungnya lagi.
Senyap.
Tiba-tiba lelaki itu menoleh kearah kami. Mungkin dia sedar yang kami memandangnya terlalu ralat. Spontan aku menoleh kearah baju di depanku dan berlagak sibuk membelek baju. Begitu juga Kak Eu Jin. Pura-pura sibuk menyusun baju. Kemudian suaranya tidak lagi kedengaran selepas itu. Malu agaknya.
Baju yang aku sibuk belek aku tilik. Semakin aku tilik semakin aku suka. Beli yang nilah.
Ahjummah.” Lelaki yang tadi kami pandang sudah pun berdiri sebelah aku.
Tangan Kak Yoo Jin yang sibuk menyusun berhenti. Dia menoleh kebelakang.
Mwo? AHJUMMAH?” keras suaranya.
Er... joesonghabnida[maaf].” Kata lelaki itu sambil tertunduk-tunduk.
Ish. Geez.” Ku jeling wajah pelancong itu.
Oh. Ddol Chu! Maj-jyo?[Oh Ddol Chu! Betulkan?]” Tanya Kak Yoo Jin selepas dia mengecap.
Ddol Chu? Nu nugu... ah... Ahn Yoo Jin Eonni.[Ddol Chu? Si siapa... ah..... Kak Yoo Jin].” Balas lelaki itu.
Betullah.”
Eonni, jeoneun Ddol Chu anieyo.na Adam-ieyo. Ah! Eonni.[Akak, saya bukan Ddol Chulah. Saya Adamlah. Ah! Akak.]” Kata lelaki itu sambil menyambar baju ditanganku dan hulur pada Kak Eu Jin.
I geo?[Ini?]” Kata Kak Eu Jin.
Ya.”
Oh....oh... Kak. Saya punya tu.” Kataku pada Kak Yoo Jin. Tapi sia-sia saja kerana Kak Yoo Jin sudah pun masuk kedalam bilik stor. Aku pandang lelaki sebelahku.
Why you take my blouse? It was me who touch it first.” Kataku. Tapi malangnya. Lelaki itu hanya diam sahaja sambil menyengetkan kepalanya ke kanan. Lalu pusing dan menuju ke kaunter. Dia ni tak paham bahasa inggeris ke?
Kelihatan Kak Yoo Jin keluar dari bilik stor. Siap membayar harga baju tersebut, lelaki itu memandang aku seraya mengangkat bahu sambil membuat mimik muka dan tersenyum mengejek lalu keluar dari butik Kak Yoo Jin. Aku tak dapat buat apa, hanya memandang lelaki itu pergi. Lelaki ini buat aku sakit hati, lagi-lagi muka bodoh dia tu. Tengoklah kalau aku jumpa kau aku lenyek sampai jadi lempeng! Huh!
Kak Yoo Jin! Aku pandang dengan geram. Dia tahu aku geram dengannya. Dia berjalan ke arahku.
Sorry ya. Tadi Akak masuk bilik stor cari baju yang sama. Tapi tak adalah. Tu stok akhir pulak tu.” Beritahu Kak Yoo Jin. Dia tersengih cuma.
Tengok! Kak Yoo Jin bukan nak pertahankan saya.” Jawabku dengan nada merajuk.
Alah. Kan banyak lagi baju yang cantik kat sini. Susah apa?” pujuk Kak Yoo Jin.
Yelah tu.”
Tahu tak lelaki tu cakap apa masa bayar tadi?”
Apa?”
Budak tu dah cantik, boleh jadi model. Cuma....”
Cuma apa?” kataku terus menyambar lengan Kak Yoo Jin. Kak Yoo Jin cuma diam sambil melirik padaku atas kebawah. Aku pandang pelik padanya.
Cakaplah Kak Yoo Jin. Cuma apa? Yang akak diam tengok atas bawah kenapa?” pujukku sambil menggoyang-goyangkan lengannya.
...pendek.”
Dengar saja kata itu terus berhenti tanganku. Aku terpinga-pinga.
Pen... pe.. pendek?!” terus aku lepaskan peganganku. Aku pandang ke cermin tinggi sebelah kaunter dan merenung diriku yang rendah seperti budak remaja.
Ni semua pasal kaki saya nilah. Pendek!”
Itulah yang dia cakap. Muka saja cantik tapi pendek. Kalau tak dah boleh jadi model.”
Saya sedar saya pendek. Tak boleh jadi model. Jadi model pun buat apa! Sakitkan diri je. Bertumit segala. Saya syukur jadi budak pendek, orang tengok pun comel je.” Kataku sambil tersengih.

 “Em tahulah dia comel.” Aku sengih saja.

Thursday, April 25, 2013

Mak yang buatkan resume......untung laaaaa

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum......

Hurm lama ta masuk sini.....baru kesempatan nak masukkan entry baru.....
Ni kira first entry la katakan.....sebab 1st time nak citer pasal kehidupan yang terjadi depan mata kita....
Bulan lepas tiba-tiba mak mesej,

"Salam, Imah, Mak de antar resume Aman kat Sunway Medical Centre. Doa-Doakan die ya...udah la ta dngr cakap Mak. Degil pulak tu....Mak tak tahula...harap yg ni die mau ikot."

Ha...macam tu la bunyi die....ta balas pun mesej mak sebab tak ada kredit.hakhakhak, saya memang malas nak menopup sebab kalo ad kredit mesti abes cepat. bukan mesej dengan orang. abes dengan mesej2 gila dari internet....kena tolak seringgit-seringit...tu pun dah berbakul-bakul kawan cakap suruh beli topup.tapi orang buat tak tahu jer....

bila da cuti blek la uma sebab dah sebulan ta blekkan.....then mak cerita la alkisah si Aman ni. Mak antar resume dia ke Sunway MC dah lambat...Open Interview da lepas....alhamdullilah sebab kaunter ta tutup, masih nak terima resume tulisan tangan My Lovely Mother. Untung sebab mak yang tuliskan resume, tolong antarkan resuma, tolong buatkan....tak pernah nampak Aman buat sendiri....Nasib baik Aman ta ade kat rumah...sebab dia duduk rumah kat kampung (sorang2) kerja kat sana...kalau ta dah lame kena marah dengan saya....

saya balik ke Poli semula....the next 3 days, mak antar mesej kata Aman kena pergi interview kat Sunway MC.Alhamdullilah...Agaknya orang tu tak nak hampakan mak. So Aman pun blek la PJ. satu hari dapat mesej lagi dari mak,

"Imah, occupation tu ap?"

saya terkejut! mak lupa agaknya occupation tu pa. saya balas, bagitahu makna dia....sambil tanya kenapa? mak tak balas....dia biar sepi mesej saya.tak apalah...selang seminggu mak datang jenguk. sempat tanya pasal aritu....rupanya Aman isi borang temuduga sekali dengan temudugalah....mak cakap Aman isi borang dekat sejam sebab tak tahu bahasa inggeris tergaru-garu kepala...adui.....tulah orang suruh belajar...jadi 'yakuza' kat sekolah. kena interview pun dekat 2 jam. lama tu....nurse tanya tersengih2.....sian.....

Abes interview dia blek uma....2 minggu tunggu.....jawapan ta dapat ag...dah marah2 mak kate suruh terus balek.....hurm.... esoknya dapat panggilan suruh amik baju uniform dengan start kerja.....sekarang bila balik rumah mesti mak tanya....

"Macamana hari ni kerjanye? okey ke?"

Macam2lah Aman citer....sampai ketawa2....

Apa yang dia cerita tu will be continue to next post....hehe