Welcome To My Blog

Saturday, December 8, 2012

Bab 1


HJae : What if i come to Malaysia? Would u like to see me?
Iman_Kawai : For what? Do u have an intention to come here?
HJae : Yes. I want to meet u.
Iman_Kawai : GTG. My Boss call me.
“Ida, lunch jom.” Ajakku.
“Pergilah kau sorang.” Khalidah menolak.
“Jom la...” rayuku.
“Eh, Mak Cik Gaga! Kau ni dah tak betul ke? Pukul 1 pun belum dah ajak lunch.” Beritahu Khalidah.
“Ha? Yeke?” aku mengeluh dan tunduk.
“Man, kau ni kenapa? Jam punyalah BESAU kat dinding tu kau tak nampak ke?”
“Tak ada apalah. Cuma member YM aku ni. Nak turun sini, jumpa aku. Tu yang aku mengelak. Tak naklah jumpa.” Ceritaku.
“Turun sini? Orang mana? Luar Malaysia ke?”
“Ha ah. Orang Korea.”
“Tak tahu menahu pun aku? Cerita pun tak nak ya.”
“Nantilah aku cerita kat rumah.”
“Kat rumah buat apa. Cerita jelah kat sini.”
“Ala kat rumah senang sikit aku nak cerita panjang. Okeylah. Dah pukul 10. Bos besar nak jumpa.”
“Bos besar- bos besar. Tan Sri la.”
“Okey got to go.”

Aku mengetuk pintu bilik pengarah dan dia menyuruhku masuk.
“Assalamualaikum, Tan Sri.” Salamku.
“Waalaikumsalam, Iman. Duduklah. Ada apa nak jumpa saya?” tanya Tan Sri.
“Bukan Tan Sri kata semalam nak jumpa saya ke?” ku balas dengan pertanyaan juga.
“Oh. Saya lupa. Dah tuakan. Banyak yang lupa.” Beritahunya sambil tersenyum. Senyumannya aku balas.
“Tentang kamu minta cutilah. Kan kamu nak minta cuti 3 hari.” Sambungnnya lagi.
“Oh. Jadi bolehlah saya cuti?”
“Boleh.” Katanya sambil mengangguk.
“Terima kasih Tan Sri. Kalau macam tu saya keluar dululah.”
“Nak keluar tolong bagi memo ni pada Kak Tasya ya.” Sempat Tan Sri berpesan.
“Baik, Tan Sri.” Kataku sambil menyambut kertas memo ditangan Tan Sri dan berlalu. Kertas memo di tanganku sempat ku baca.
HJDesign                                                       MEMO                                   21 JANUARI 2009

Diminta semua staff berkumpul di bilik Mutiara untuk mesyuarat tergempar kali ke-57 pada 21 JANUARI 2009 selepas lunch time iaitu pada 2:00 ptg.
Kerjasama anda amat diperlukan.
                                                                                                                        Hafiz
------------------                                                                                        ---------------------
Natasya Hariz                                                                                                 Tan Sri Hafizzudin
  
“Kak Tasya. Nah, hadiah dari Tan Sri.” Beriku pada Kak Tasya.
“Ha? Oh, terima kasih Iman. Mesyuarat lagi.” Katanya sambil tersenyum kemudian mengeluh sambil mengusap perutnya yang besar menunggu masa untuk bersalin.
“Oklah Kak. Iman duduk dulu ye.” Kataku sambil berlalu. Sempat aku dengar Kak Tasya mengeluh tentang due datenya. Aku tersenyum.
“Kau ni buang tebiat ke? Senyum tak tentu pasal?” tiba-tiba Salamah, juru audit syarikat menegurku.
“Entah. Dia ni dah mereng tahu tak Sal. Tadi aku dengar dia ajak Ida lunch. Pukul 1 pun belum.” Sampuk pula sahabat ku yang lagi satu, Waznah, akauntan syarikat. Kami berempat kerja sebumbung dan tinggal juga sebumbung. Aku, Ida, Sal, dan Waz.
“Entahlah Waz. Aku pun tak tahulah apa yang tercabut kat otak dia ni.?” Balas Khalidah. Dia berposisi sebagai webmaster untuk laman web syarikat kami selain menjadi pereka dalaman under renovation course tapi aku pereka dalaman untuk rumah yang baru dibuat
“Ehem! Udah-udahlah tu. Kesian kat aku. Nanti kat rumah aku cerita kat korang.”
“Cerita?” serentak Salamah dan Waznah bersuara. Sah diorang ni suka bergosip. Hehe.
“Oklah aku ada kerja nak buat. Esok aku dah mula cuti. Nanti masuk minggu depan tak adalah terasa banyak sangat kerja walaupun kerja aku tak pernah sikit.” Terangku dengan wajah sedih.
“Cuti? Pandai ya kau. Pilih cuti hari Rabu. 5 hari la kau sakan kat kampung.” Kata Waznah sambil bercekak pinggang cuba meniru gaya Izzah, penyambut tetamu yang suka tergedik-gedik.
“It’s me you know. Iman! Who cares?” kataku dengan gaya sombong sambil tersengih. Salamah, Khalidah dan Waznah berpandangan. Kemudian mereka merenungku.
“POYOZ!!!” kata kami dengan serentak dan tergelak lalu pulang ketempat masing-masing.


“Erm... tergemparlah sangat. Ingatkan apalah. Pihak atasan nak ambil alih syarikat semula.” Kata Ida sambil berjalan keluar dari bilik Mutiara.
“Habis tu, Tan Sri macamana?” tanyaku.
“Kau ni tak dengar ke tadi dia cakap apa?” tegur Salamah.
“Sal, jangan marah dia. Kau tak tahu ke? Otak diakan ada wayar putus.” Balas Waznah.
“Kan dia cakap, dia cuma pegang sementara waktu je.” Beritahu Khalidah.
“Sementara apa sampai 5 tahun dia jadi Pengarah? Tup-tup pihak atasan nak ambil alih. Macam tak berbaloi langsung.” Kataku lagi.
“Ha, yang tu kau tanya sendiri pada Tan Sri.” Balas  Salamah.
“Ok. Nanti aku tanya.”
“Dia ni! Patut pun!” Sindir Salamah.
“Patut pun?” tanyaku.
Salamah, Khalidah, dan Waznah berhenti berjalan dan memandang ku.
“MENDOR!!!” serentak, Salamah, Khalidah dan Waznah.
“POYOZ!!!” serentak juga aku menyebut, tapi perkataan yang lain.
“Eh bukan POYOZ?” kataku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.


“Man, nak balik tak?” tanya Waznah apabila jam hampir pukul 5 petang.
“Korang balik dululah. Aku nak ke airport kejap, jemput Archer.” Jawabku.
“Naik apa? Kan ko tak bawak kereta hari ni.” tanya pula Salamah.
“Aku pinjam kereta Ida. Ida suruh korang tunggu dia sekejap. Dia pergi melabur.” Beritahuku. Nasib baik Waznah pinjam kereta makcik dia. Kalau jalan kakilah jawabnya dia orang tu. He he.
“kitorang pergi dululah. Hati-hati bawak kereta tu.” Pesan Waznah.
“OK.” Kemudian telefon bimbitku berdering. Archer.
“Waalaikumsalam.”
Diam.
“Dah sampai?”
Diam.
“Sekejap lagi akak sampai. Akak tengah start enjin ni.”
Diam.
“Kereta Kak Ida.”
Diam.
“Sibuklah kau. Untunglah tu aku tolong ambil kau kat airport. Banyak bunyi pulak.”
Diam.
“Kat airportkan ada.”
Diam.
“Nak jugak? Hah tunggulah. Aku bawak pelempang special McD untuk kau.”
Diam.
“Yelah tu! Dahlah Cher, akak nak drive ni. Assalamualaikum.”
Aku matikan telefon dan terus memandu. Tiba saja di sana. Asyraf tak ada di tempat yang sudah di janjikan. Pergi McDlah tu. Aku duduk menunggu dia. Namun kelama-lamaan, hatiku panas dengan perangainya. Aku bangun menuju ke kaunter pertanyaan.
“Pen and paper kak.” Minta ku.
“Thanks” kataku sambil menyambut pen dan kertas. Aku mula menulis.
“Tolong announce kan. Baca je apa yang saya tulis tu.”
“Ok.” Kata akak receptionist teragak-agak.
“Good Night and Salam Sejahtera. The person with named Iman Asyraf Hamdi have to come to the reception right now, because your big sister was waited for you for 2 hours. I repeat the.......”
Kakak tu senyum je kat aku walaupun dia dah habis buat announcement tadi. Dari jauh aku tengok akak tu tersenyum kat aku. Kaunter tu pun aku asyik pandang kalau-kalau adik aku ada datang ke situ. Tapi tak nampak-nampak pun dari tadi.
Tiba-tiba ada seorang pemuda china datang ke kaunter tu. Ingatkan adik aku. Kakak tu menuding jari ke arahku. Tapi aku pandang belakang, mana tahu ada orang kat belakang aku. Tapi tak ada orang pun. Sah, akulah orang yang ditudingnya. Pemuda china itu bergerak ke arahku. Aku mula cemas. Aku bangun, berkira-kira nak beredar tetapi tak sempat sebab pemuda china tu sempat sambar lengan aku. Aku sentap tanganku. Tindakan refleks. Dahi pemuda china tu berkerut. Mungkin terkejut dengan tindakanku.

Budak kecik, sorry deh. Ak x tau pun member ak dtg nak ambik. Esk kat kg jmpe eh, pas2 akak na piat Acher pun tak pe. org saja matikan tepon bab tau mesti akak marah2 t. Jgn mara hehe......

“You are Archer’s BIG SISTER, right?” tanya pemuda itu. Perkataan big sister bunyi seperti sengaja ditekankan. “Hah? Oh, yes. Yes.” Balasku dengan yakin.




“Here, he give you some notes. For you.” Pemuda itu menyuakan kertas kecil padaku. Geram saja hatiku bila baca nota dia ni. Memang sahlah dia ni nak pelempang special McD.
“Bingai punya budak!” kataku sambil merenyukkan nota itu tanpa mempedulikan pemuda depanku ini.
“Yes?” tanya pemuda itu.
“Oh sorry. Its nothing.” Balasku.
“But, there is something your brother write at the back too.” Beritahu pemuda itu. Pantas aku buka renyukkan kertas itu dan membaca belakang kertas.

kak mamat ni kawan baru Archer. Hensem x? Hensemkan. Nama die..ala tak boleh tulis. T dia nmpk nme dye. Dye 1st time dtg cni.make a friend ok? Dye org Korea. Dada...slmt maju jye...





Apasal perkataan make a friend tu aku rasa macam make a love? Selamat maju jaya kentut kau! Eee bengong punya adik. Wajah pemuda didepanku ini ku pandang. Kertas ditanganku aku renyuk sampai menjadi sebentuk bola kecil. Dia senyum padaku. Dan aku terpinga sekejap. Pantas aku larikan pandangan.
“Thanks for the notes.” Kataku sambil membetulkan beg tangan, cuba menghantar isyarat bahawa aku hendak beredar.
“Oh, welcome.” Balasnya dengan senyuman. Kali ini lebih dalam.
“Ok its 7:30 pm now. I have to go.” Akhirnya aku beritahu yang aku nak beredar bila nampak pemuda itu macam buat-buat tak faham dengan isyarat yang aku hantar.
“Alright. I have to go too. See you next time.” Masih senyum.
“See....again too.” Kataku teragak-agak dengan sengihan. Apa aku cakap ni? Sengal punya mulut. Aku terus beredar pergi ke surau untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang wanita Islam. Sempat aku toleh ke belakang, melihat pemuda itu berjalan bertentangan denganku.
setelah setahun berlalu bru aku muncul....2013 dah pun nak masuk.wow setahun aku mendiamkan diri.buat macam tak tahu plak diri sendiri ad blog yang terbiar terkontang-kanting.sampai aku dah lepas praktikal, dah lepas sem 5, nk masuk sem 6 tak lame lagi ni....memanglah aku buat macam tak tahu jer....hari ini macam biasa aku malas nak buat kerja...dari pagi aku dok tercongok depan lappy, sampai my mum membebel tak tentu pasal.dah ada BB ni galak pulak aku....haish....


oh yea.aku dari dulu nak jadi penulis...tapi msti sekerat jalan.samada aku yang malas atau dah ketandusan idea???